~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Wednesday, May 30, 2012

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN ???

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri


Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri


Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami


Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri


Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga


Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?


Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:


- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)
 





En. Suami....anda wajib berada disisi saya setiap masa !!!!!!


baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Rahsia Ais Batu......


ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;
 Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
 Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
 Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
 Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
 Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
 Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
 Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
 Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
 Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
 Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
 Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
 Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
 Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
 Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
 Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


 Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
 Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
 Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
 Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
 Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
 Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
 Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
 Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
 Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
 Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
 Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
 Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
 Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
 Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Air sejuk ada kebaikan dan keburukannya. Bg pesakit asma, air sejuk tidak berapa elok. Kesimpulannya, pesakit asma tidak digalakkan guna air sejuk banyak-banyak untuk elak daripada mendapat kemudaratan daripada mendapat kebaikan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Air Masak Oh Air Masak


SUDAH menjadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tidak kiralah air itu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama.
Kenapa air masak???
Air masak ini akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.
Sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.
1. Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.
Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.
2. Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.
3. Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.
4. Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan.
Alhamdulillah… sekarang kita dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!





baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Mengapa kita tetap perlukan nasi???


SESETENGAH orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal?

Kita semua tahu bahawa nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?

Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk gemuk tetap ada.
Baiklah, di sini terdapat 3 sebab kita tetap perlukan nasi setiap hari;
1. Meningkatkan “mood”
Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.

Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah marah.
2. Mencegah lemak
Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3 jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemakberlebihan.
3. Meningkatkan tahap ingatan
Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan daripada segi tahap daya ingatan.
Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.
Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil beras perang sebagai ganti.

Sumber : My Berita

baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

review 4 along alyyn......

aku tak berkesempatan nak pi jenguk along kat spital......tp still contact wif her husband 4 da info...... da latest info, along alyyn tak ada ape perubahan pun...still koma....cuma kadang-2 bile along ayin panggil n genggam tgn dia,ada gak respon walaupun masih terasa lemahnya......kesian along ayin.....dia plak demam.....yelah....duk spital......dengan tak cukup rehatnya...tak cukup tdonya.......nak kna care about rumah di KL lagi...anak lagi.....subhanallah......kuat sungguh dugaan mereka.......


Kadang-2 aku terpikir.....mampukah aku melalui semua ini sekiranya ALLAH mentakdirkan aku melalui dugaan seperti ini ???? ataupun, aku terpikir.........mampu dan kuatkah suami dan ahli keluargaku menempuh dugaan seperti ini???


Ya ALLAH....
Hanya kau mengetahui segala apa yang bakal dan akan terjadi..................

baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Tuesday, May 29, 2012

Kenali 5 Sikap Wanita Melalui Bantal


1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Anda pula bagaimana ????

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2       
< hubby saya ler tuh >
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb d...alam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 < saya ler tuh>
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.






baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

ha...puas ati aku nokss........



haaa......inilah yang menjadi peneman aku kat kelas.,......banyak sangat nyamuk yang nak cium-2 aku...skali aku smash....hamek kau.........sakit pulak hati kita nie kan...........tapi lenguh jugak tangan ha.......




baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Monday, May 28, 2012

blues monday....

Hari Isnin yang malas....
Dengan BOS & BOSSY yang tak dek kat opis....
Aku dengan selamba badak eh kuar g SHOPPING kat PARKSON......
ape?????
SHOPPING????????
mmg terbaeekk....
pi beli T-SHIRT banyak-2....leh pakai b4 bersalin n after bersalin sok......

PARKSON ada jualan gudang...aku yang TAK PERNAH heran dgn harga dan jenama trus tanpa berfikiran panjang & tetap trus mengangkut kakak seopisku tuk menjelajah PARKSON....pulik ape aku org nak kata baju tuh STOK LAMA ker....OLD FASHION ker.....yang penting,bile pakai......cun melecun jea.....


And now...aku da ngantuk sbb baru lepas pekena DOUBLE CHEESE BURGER..............



Adios & Sarious............

baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Soalan Itu~~~

Masa lepak-2 ngan anak buah semalam....dok borak-2...anak buah tnya satu soalan....dan soalan itu bukan baru sekali aku dengar....da banyak kali pun sebenarnya...ramai yang bertanya...tapi apa yang mampu aku buat  hanya TERSENYUM n bg jawapan ala-2 artis.......hahahahahahhaa..........poyo jea aku nie an......sumer org dok tnya.......


"MACAMANA LEH KENAL NGAN SUAMI???BERAPA LAMA COUPLE NGAN SUAMI????"


wah.....sebenarnya jawapan bagi soalan nie sgt-2 panjang....so,aku amek keputusan dengan menjawab :

"DA JODOH...JUMPE KAT MANA-2 PUN, LAU DA JODOH....KAWEN GAKS KAN????LAMA TAK LAMA SGT LER COUPLE.....SEKURANG-2NYA KENAL AR HATI BUDI & PERANGAI DIA"


cliche an jawapan aku????hahahaahhahaaaa.....doakan jodoh kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.......

baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

aLOng aLyyn...

Camne nak mulakan???Mohon rakan-rakan doakan kesihatan anak sedara hubby pulih seperti biasa... Walaupun kami baru jea rapat...tapi she's sgt-2 baik....walaupun ada yang tak berapa suka dengan dia... tapi alhamdulillah,dengan aku  as a "makcu" dia....dia sgt ok...anak sedara hubby nie sebaya hubby...sama sekolah...n da kawen...ada anak angkat seorang....seorang yang sgt-2 energetic, gile-2 and  happy go lucky....masa mula-2 kenal dulu,rasa kelakar sgt...yelah...."makcu" eh lagi muda dari anak buah eh...hahahaahaaa.....yelah..lau nak ikutkan, bile aku masuk sebelah hubby....pangkat aku da jadi MAKCIK & tak keterlaluan katakan aku da berpangkat NENEK.....haahahahhahaaaa........sgt kelakar.....aku muda lagi kot...but aku happy dengan keadaan nie....


Berbalik pada kisah anak sedara hubby td,nama dia Alyyn...cantik orgnya...mmg aku admire dia...sbb dia cantik....dia seorang mak andam di KL....yelah....aku pun tak tahu sgt sakit yang dia hidap sebelum-2 nie....menurut kata mak mertua,dia dari kecik mmg da ada masalah jantung..n doc mmg tak bg dia mengandung...that's y dia amek anak angkat...anak yang dibela dari kecik n sekarang da 12 tahun pun umurnya....pun cam mama dia...sgt-2 energetic....heheheheee.....


Semalam aku dikejutkan dengan berita Along Alyyn warded kat ward 6B HTJ....sgt-2
terkejut....mak mertua kata dia was unconscious start warded.....n doc charge dia kna pendarahan otak....doc nak wat operation but tak boleh disebabkan keadaan jantung yang sgt lemah....lau ikutkan pagi semalam doc da hantar ke HKL tuk operate.....Ya Allah....kesian along....subhanallah.....berat sgt dugaan dia....


And petang semalam, aku ajak gak hubby g hospital.....tak sabar nak tgk keadaan dia.... nak tak nak,hubby bawak gak aku g HTJ...ntahlah...aku sedih lau tak dapat tgk dia...macam-2 bermain dalam kepala....nauzubillah....aku takut lau along dihantar ke HKL & aku tak dapat nak g melawat memandangkan keadaan aku yang mcmni....sian tgk hubby....dia bukan taknak tgk anak sedara dia tapi dia takut...n dia sgt-2 risau...


Aku terpikir jugak,lau tak dek ar parking kat HTJ nnti camne???yelah...seperti yang sedia maklum....HTJ adalah salah satu hospital yang PALING SUSAH nak dapat parking kat Seremban nie.....mesti hubby marah aku ...tapi alhamdulillah.......Allah Maha Berkuasa....masuk-2 jea HTJ,terus dapat parking....n satu lagi masalah kat HTJ......LIFT tak pernah nak ada ruang kosong....aduh...... disebabkan perasaan KURANG SABAR yang sentiasa berada dalam diri,aku ajak hubby nek tangga.....haaa.......tak percaya??TOLONGLAH PERCAYA.....mak buyung nek tangga dari TINGKAT 2 sampai TINGKAT 6....hahahahahahaa....sampai TINGKAT 6,kaki da macam mohon diseret-2...hehehehee...but...kuatkan semangat...taknak bg hubby nmpak kita tak brape nak kuat.......




And....sampai jea kat katil along, semangat td jadi lemah sgt-2 tgk keadaan dia....YA ALLAH.....tabahkan hati ibu bapa along .....tabahkan hati suami along .......&  tabahkanlah hati anak dia.......Along terbaring...tak sedar.....aku sampai,aku pegang kaki dia....tak panas.....tak sejuk......biasa jea....tapi bergenang air mata tgk along..... mata dia macam nak terbukak...tgn ada gerakan sket-2...tapi dia sgt-2 lemah..... aku pandang hubby....hubby peluk aku....aku mmg tak kuat nak tgk along mcm nie....dalam hati aku berdoa semoga along kuat dan bertahan....




Menurut kata maknya....doc bius along tuk mengurangkan kesakitan yang along alami.... sel darah merah semakin mengurang...manakala sel darah putih da menyerang segalanya... dengan keadaan jantung yang sgt lemah lagi menyukarkan doc tuk membantu memulihkan keadaan along seperti biasa....tapi along mmg kuat semangat....dia tak pakai alat bantuan pernafasan...walaupun nampak dia sgt sukar nak bernafas,tapi doc puji sbb semangat dia kuat....dia bernafas sendiri....tapi yang tak best,doc kata harapan tuk pulih seperti sedia kala hanya 50/50....doc da mintak semua sedara mara berkumpul dan berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku.....




Sedih sgt-2 tgk keadaan along macam tue....semoga along akan pulih seperti sedia kala....kuat & bertahan sepenuhnya....aku rindu gelak tawa along....rindu mulutnya yang tak henti-2 mengomel....rindu nak rasa dipeluk cium along.....kuatkan semangat kau along.... makcu doakan kau sihat.......










Along alyyn @ Norazlin Bt Ghazali....
Semoga along kuat menghadapi dugaan ALLAH nie....




baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Friday, May 25, 2012

RinduNyeeerrrr~~~~

Tergodek lak pic-2 lama kat lappy neh...ala...terjumpe pic-2 neh.....Ya ALLAH....rindunya ngan mereka nie.... rindu ngan rambut aku yang dulu-2...heheheeheee.....pendek & straight...kurus sket kot....lau tak salah pic nie di ambil masa kat Port Dickson...aku majuk ngan en.hubby time nie.......tuh yang kuar ngan gewdiks-2 neh...... sumpah...aku rindukan kalian.....masing-2 da jadi PUAN.......n da ada tanggungjawab masing-2...... semoga kami menjadi isteri & ibu yang solehah.......dipanjangkan jodoh kami bersama pasangan masing-2......dan dipanjangkan hubungan kami.......i ♥ them so hard........ ameeennnn.....

i  lurve u adik~~




ana~~eiyla~~ein















baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Mak Ngah Oh Mak Ngah~~

Tersangat bertuah bile dapat makcik cam mak ngah aku wehh......mana taknya.....hari nie td ada sale besar-besaran kat Sendayu Tinggi & dia adalah salah seorang dealer ST....katanya da g pun kat ST n membeli belah....skali dia leh lupe nak beli sabun Golden Herbs yang biasa dia beli tuh dek kerana rambang mata tgk sale barang yang lain....

Yang aku katakan dia sangat bertuah tuh adalah kerana dengan selamba badak eh dia call aku n suh aku pi beli an sabun tersebut tuk dia....aduhhhh...siap promote ape tau.....set bersalin ST......aduhaaaaaiiii mak ngahku...LOm lagik kot nak pi beli mende tuh......ke da patut beli??hahahahahaa...aku pun tak tahu........

Dan...dalam keterpaksaan, aku pun g ar tadik.....kat Dataran Senawang jea sebenarnya....tapi tau ler...da zaman gaji camni........nak dapat parking bapak eh punya susah.......memboyot ar mak buyung nie parking kat depan Haji Samuri & berlari-2 kucing ke ST.....usha punya usha...ada gak ar sabun mengikut kehendak beliau....aku pun meluangkanlah sedikit masa nak tgk Set Bersalin yang diperkatakan....tapi...aduhaaaaiiii.... tak berminat plak....asenya better lagi produk AMWAY kot???

Aduh......satu lagi masalah nie.....ada sape-2 nak suggestkan pada aku tak Set Bersalin yang best n tak susah nak guna???heheheheheeeeeee.......


Walau apepun, aku sayang mak ngah aku yang sangat-2 poning tuh......

huhuhuhuhuhuuuuuu......

Inilah Mak Ngah yang aku umpatkan tuh...hahahhahaaa.....i <3 u Mak Ngah !!!!


baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Subhanallah~~~~

Minggu yang sangat-2 letih & minggu yang sangat-2 happy...hahahahaha....happy sebab da dapat gaji...TAPI.....bile da dapat gaji nie,banyak ar sangat nak kna settle an.....letih sangat-2....

yang tak leh blah tuh....adik laki aku...aduh sangat MENTIBANG LAUT.....hahahahahhaaa.....kerana ape aku katakan begitu????apa taknya...setiap kali gaji,dia mesti puji tak hengat punya....sebabnya ape lagi...aku an banker dia...sabar yolah aku nie.....

tapi sebagai KAKAK yang bertanggungjawab,laksanakanlah jugak.....walaupun penat.....mujur dapat HUBBY yang sangat memahami WIFE & adik ipar eh.....that's y I LOVE HIM SO HARD........


tapi sebagai mak buyung yang membawa perut, aku tersangatlah letih.....hongeh nak bawak badan dah ha...

Ya ALLAH,
Kuatkan semangatku.....
Tabahkan hatiku......
Permudahkanlah segalanya............



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Tuesday, May 22, 2012

‎19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

9 Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah

Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam

Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia

Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"


baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Ya Allah,Rahmatilah Hidupku


Ya Allah,

Selamatkanlah aku dan anak dalam kandunganku~~~‎


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Rindu

Ya Allah
Kau sayangilah dia sedalamnya
Kau temanilah dia sepanjang perjalanan hidupnya
Kau berikanlah dia kekuatan sesaat dia terlemah
Kau kurniakanlah jutaan kebaikan kepadanya
Kau berikanlah hidayah kepada dirinya
Kau bimbinglah dia ke jalan yang diredhaiMu

Kau kurniakanlah dia kejayaan hakiki
Kau berikanlah dia hati yang bersih lagi suci
Kau anugerahkanlah dia keyakinan diri yang tiada berbelah bagi
Kau satukanlah dia dengan wanita yang baik dan soleh
Kau berikanlah dia ilmu-ilmu yang berguna
Kau permudahkanlah segala urusannya
Kau sinarilah diri dan bicaranya dengan kejujuran
Kau ringankanlah beban dan tanggungjawab yang ditanggungnya

Kau kurniakanlah keringanan hati padanya untuk memperbanyakkan ibadah kepadaMu
Kau kuatkanlah hatinya untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
Kau bahagiakanlah dia dengan sahabat-sahabat yang senantiasa membimbingnya ke jalanMu
Kau serikanlah hatinya dengan perasaan cinta yang agung kepadaMu
Kau kurniakanlah dia anak-anak yang soleh dan solehah
Kau tempatkanlah dia di syurgaMu yang indah
Kau jauhilah dia dari nerakamu yang panas membakar

Kau berikanlah kelembutan pada hatinya
Kau kurniakanlah dia sifat maaf yang akan memuliakannya
Kau berikanlah kekuatan kepada dia untuk tersenyum walaupun menghadapi kesukaran hidup
Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang beriman bila ajalnya kelak
Kau jadikanlah dia seorang yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya

Kau benarkanlah dia mewariskan ilmu-ilmu berguna kepada anak didiknya
Kau berikanlah ketenangan di jiwanya
Kau indahkanlah cahaya wajah dan hatinya
Kau jauhilah dia dari bicara dan perkara yang sia-sia
Kau sucikanlah hatinya daripada sebarang prasangka buruk
Kau berikanlah dia keimanan yang teramat teguh

Akan apa yang telah terjadi
Telah aku merelakan segalanya
Akan apa dosaku, aku benar-benar memohon keampunan dariMu
Dan akan apa yang menyedihkan hatiku
Aku telah memaafkan dan melupakan semuanya
Sebagaimana mahunya diriku agar Allah memaafkan dan menerima taubatku

Akan apa yang telah terjadi
Sememangnya ia benar-benar akan menimpa diri
Kerana itulah benar-benar ketentuan Ilahi
Tidak akan terjadinya sesuatu tanpa keinginanNya
Dan tidak akan terjadi sesuatu hanya untuk sia-sia
Dan aku benar-benar merelakan segala
Kerana tiada yang lebih baik dari apa yang dirancangNya

Dan apabila semua yang pedih itu berlalu pergi
Tinggallah kerinduan yang indah menghangatkan kedinginan hati....



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Ingatan Buat Semua


Adab Suami Kepada Istri .



- Suami hendaknya menyadari bahwa istri adalah suatu ujian dalam menjalankan agama. (At-aubah: 24)
- Seorang istri bisa menjadi musuh bagi suami dalam mentaati Allah clan Rasul-Nya. (At-Taghabun: 14)
- Hendaknya senantiasa berdo’a kepada Allah meminta istri yang sholehah. (AI-Furqan: 74)
- Diantara kewajiban suami terhadap istri, ialah: Membayar mahar, Memberi nafkah (makan, pakaian, tempat tinggal), Menggaulinya dengan baik, Berlaku adil jika beristri lebih dari satu. (AI-Ghazali)
- Jika istri berbuat ‘Nusyuz’, maka dianjurkan melakukan tindakan berikut ini secara berurutan: (a) Memberi nasehat, (b) Pisah kamar, (c) Memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan. (An-Nisa’: 34) … ‘Nusyuz’ adalah: Kedurhakaan istri kepada suami dalam hal ketaatan kepada Allah.
- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Tirmudzi)
- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk istri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
- Suami dilarang berlaku kasar terhadap istrinya. (Tirmidzi)
- Hendaklah jangan selalu mentaati istri dalam kehidupan rumah tangga. Sebaiknya terkadang menyelisihi mereka. Dalam menyelisihi mereka, ada keberkahan. (Baihaqi, Umar bin Khattab ra., Hasan Bashri)
- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk istrinya. (Abu Ya’la)
- Suami wajib menggauli istrinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa’: 19)
- Suami wajib memberi makan istrinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).
- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada istrinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
- Suami wajib mengajarkan istrinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)
- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap istri. (An-Nisa’: 3)
- Suami tidak boleh membuka aib istri kepada siapapun. (Nasa’i)
- Apabila istri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali)
- Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada istrinya. (AI-Baqarah: ?40)

Adab Isteri Kepada Suami



- Hendaknya istri menyadari clan menerima dengan ikhlas bahwa kaum laki-Iaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa’: 34)
- Hendaknya istri menyadari bahwa hak (kedudukan) suami setingkat lebih tinggi daripada istri. (Al-Baqarah: 228)
- Istri wajib mentaati suaminya selama bukan kemaksiatan. (An-Nisa’: 39)
- Diantara kewajiban istri terhadap suaminya, ialah:
a. Menyerahkan dirinya,
b. Mentaati suami,
c. Tidak keluar rumah, kecuali dengan ijinnya,
d. Tinggal di tempat kediaman yang disediakan suami
e. Menggauli suami dengan baik. (Al-Ghazali)
- Istri hendaknya selalu memenuhi hajat biologis suaminya, walaupun sedang dalam kesibukan. (Nasa’ i, Muttafaqun Alaih)
- Apabila seorang suami mengajak istrinya ke tempat tidur untuk menggaulinya, lalu sang istri menolaknya, maka penduduk langit akan melaknatnya sehingga suami meridhainya. (Muslim)
- Istri hendaknya mendahulukan hak suami atas orang tuanya. Allah swt. mengampuni dosa-dosa seorang Istri yang mendahulukan hak suaminya daripada hak orang tuanya. (Tirmidzi)
- Yang sangat penting bagi istri adalah ridha suami. Istri yang meninggal dunia dalam keridhaan suaminya akan masuk surga. (Ibnu Majah, TIrmidzi)
- Kepentingan istri mentaati suaminya, telah disabdakan oleh Nabi saw.: “Seandainya dibolehkan sujud sesama manusia, maka aku akan perintahkan istri bersujud kepada suaminya. .. (Timidzi)
- Istri wajib menjaga harta suaminya dengan sebaik-baiknya. (Thabrani)
- Istri hendaknya senantiasa membuat dirinya selalu menarik di hadapan suami(Thabrani)
- Istri wajib menjaga kehormatan suaminya baik di hadapannya atau di belakangnya (saat suami tidak di rumah). (An-Nisa’: 34)
- Ada empat cobaan berat dalam pernikahan, yaitu: (1) Banyak anak (2) Sedikit harta (3) Tetangga yang buruk (4) lstri yang berkhianat. (Hasan Al-Bashri)
- Wanita Mukmin hanya dibolehkan berkabung atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari. (Muttafaqun Alaih)
- Wanita dan laki-laki mukmin, wajib menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluannya. (An-Nur: 30-31)

Isteri Sholehah



- Apabila’ seorang istri, menjaga shalat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramddhan, memelihara kemaluannya, dan mentaati suaminya, niscaya Allah swt. akan memasukkannya ke dalam surga. (Ibnu Hibban)
- Istri sholehah itu lebih sering berada di dalam rumahnya, dan sangat jarang ke luar rumah. (Al-Ahzab : 33)
- Istri sebaiknya melaksanakan shalat lima waktu di dalam rumahnya. Sehingga terjaga dari fitnah. Shalatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid, dan shalatnya wanita di kamarnya lebih utama daripada shalat di dalam rumahnya. (lbnu Hibban)
- Hendaknya menjadikan istri-istri Rasulullah saw. sebagai tauladan utama.
 







baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

Monday, May 21, 2012

mengimbas kenangan~~~

tetibe nak upload balik pic time nikah....

Ya ALLAH.....
rindunya............

da siap nak ke masjid......da mula berdebar-2...kasut pun ase tak muat time nih...hahaahahaahaaa

di iringi bodyguard sejati~~~


penyerahan wang mas kawin...Ya Allah...time nie bersyukur yang teramat sgt........

hadiah gelang tangan tuk sesi batal air sembahyang......

suami saya sgt perfect semasa memakaikan gelang ini tuk saya !!!

i love u bie.......

da selesai akad nikah,cium dahi sambil wat peace....
that's y i love him too hard........


alhamdulillah...

31/12/2011 tarikh keramat..... Zulhaila & Afzal selamat di ijabkabulkan.....

Aku miliknya dan dia milikku selamanya~~~~~

Semoga hubungan halal ini dirahmati dan berpanjangan ke akhir hayat.........

Amin ya rabbal al amin.......