~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Thursday, February 21, 2013

yeyen is growing up now !!!


abah punya keje..letak bantal senang hati yeyen kat pale eh...yang polik eh,yeyen diam jea...hahaahahaaa....


nie baru lepas mengamuk..tah ape nak eh tah....nak kna geget agak eh budak neh........

sharing is caring~~~~

dun expect!!


sharing is caring~~~~

iNSYA ALLAH~~~

sharing is caring~~~~

Petua Membelai Suami


1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.


2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.

5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.




sharing is caring~~~~

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI


Mengapa Redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...




sharing is caring~~~~

Tuesday, February 19, 2013

this is true !!!!




really true..hahaahahahahaaa....


sharing is caring~~~~

‎19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-
kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar 
kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada 
gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai 
tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik
 semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk
 satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil 
membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah 
meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-
salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk 
menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu,
 
memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti 
menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka 
teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan 
anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan
 merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk 
menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga
 bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,
 jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



sharing is caring~~~~

Allah itu Adil~~




sharing is caring~~~~


:::Amah Indonesia dipenjara 20 tahun bersalah lambung bayi:::

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu. 

Untuk tuduhan pertama, dia dipenjara dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 tahun. Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak.


i can't say anything......sakit sgt tgk muka perempuan ini !!!!!


sharing is caring~~~~

Share~~



Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila 
kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu.

Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk 
isterimu. 


- Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka.

- Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di 
hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. 

- Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam
 rumah.

(Hadis riwayat Abu Daud)


sharing is caring~~~~

Pengalaman Itu Indah Part II

0930am (23 September 2012)

Masih dalam LR....Aku dalam LR sangat lama....aku bersyukur kerana ALLAH berikan aku kesempatan tuk merasai kesakitan bersalin...sakitnya mmg tak leh nak cakap...besi katil pun aku da ase lembut jea..lama gile..dah ar takleh bangun berjalan-2 sbb pakai CTG...terlentang,mengiring aje yg leh aku buat.....penat mengiring kiri,aku mengiring kanan...tak tau nak wat ape...alhamdulillah hubby sentiasa disisi...aku mintak nurse panggil hubby kat luar...sakit sgt...membuatkan aku lupe macamana nak selawat..istigfar...mujur hubby ada...tapi itu pengalaman terindah...

1130am

Masih dalam LR...Ya ALLAH..sakit menyengat sangat-2....tak tahan....nak nangis takde air mata...aku mampu menahan jea....nurse bg happy gas pun cam tak rasa...sorang-2 doc dtg check perut aku...seluk lagi tapi aku da tak rasa sakit langsung kna seluk...dtg plak doc pakar...diusik-2 perut n dia cakap "Puan dijangka bersalin lagi 6 jam" ALLAH !!!! maknanya selama 6 jam aku akan menanggung sakit ini.... aku ase tak sabar...nurse ajar ngiring lebih ke kiri tuk percepatkan bukaan....aku ikut nasihat nurse...hubby kuar sekejap..tak tahan sejuk dalam LR....

1200pm

Sedang aku mengiring ke kiri sambil memegang baju nurse,aku ase cam nak buang air besar....aku bgtau nurse tuh "kak,saya ase nak berak lah...." nurse tue kelam kabut..aku panik...dia kata " baring betul-2..awak da nak bersalin" hah???!!! perrggghhhh...aku cuak sangat time tuh.....da mula ramai nurse n doc dtg kat aku...and alhamdulillah sumer perempuan...diaorg bagi semangat suh aku push...aku push.... yang aku tak leh lupa doc kata " teran macam awak kna berak keras" nak ketawa n dalam keadaan camtu aku lak jawab " saya tak penah kna berak keras doc !!" haahahaaaa...bantai diaorg ketawa..dalam pada tuh, hubby dtg kat aku...dia pegang bahu aku...aku dgr doc jerit " head is going out...push !! " wah...aku tarik napas then doc marah "jangan tarik napas...your baby getting in !!!" aduh...kalut...aku lepas napas n try napas sket-2... push lagi...push n push...pulp......aku dgr doc jerit " baby out!!" alhamdulillah.......terasa lega bila baby da kuar... nurse angkat baby n tunjuk kat aku...aku pandang jea..hihihihii..mcm tak percaya !!!!!!!!

Alhamdulillah...my baby boy selamat dikeluarkan...sakit dijahit dah tak rasa...sakit kna seluk tuk keluarkan uri yang tertinggal tak mau kuar pun tak rase dah...yang aku tau,aku da ada baby..tak sabar nak menyusukan baby....heheeeheheeeee




sudah baca...bagilah sket comment~~~

Monday, February 18, 2013

Pengalaman Itu Indah

22 September 2012 -

0630pm...

Lepak depan umah sambil tengok tv n makan mangga muda cicah kuah kicap...subhanallah bestnya...tapi perut da rase lain macam..pinggang da sengal-2...aku try pujuk anak dalam perut....usap-2 perut....mmg rase lain macam...pinggang da sangat-2 macam nak tercabut...hubby plak balik ke Mambau menghadiri majlis pengebumian Along Alyyn yang menghembuskan nafas terakhirnya malam td di HKL.....

0730pm

Aduh..makin menyengat sakit pinggang...macam senggugut tapi lagi kuat...kejap datang sakit..kejap hilang..tak tau nak duduk gaya mana lagi....bersila...baring,terlentang,meniarap...segalanya da uat tapi sakit tetap datang....si Salmee da bising-2 suh g spital but aku lum kuar ape-2 tanda...hubby still kat umah Mambau lagi....maybe on da way balik Senawang...aku istighfar banyak-2...doa banyak-2...tapi keadaan macam tue wat aku jadi cepat panas ati...semua salah kat mata aku...sian adik-2 aku.....

0800pm

Hubby da sampai umah....baby kerap mengeras....pinggang cam kna sepit...Subhanallah....sakitnya tak terkata but still leh tahan...mak kata aku degil..huhuhuhuu...sbb tuh sakit leh tahan....iiissskkkkk...tak leh jadi...tggu hubby siap solat...n nak gak ajak g GH....but hubby plak lambat bersiap....aduhhh....mmg hangen jea satu badan...nak makan pun tak selera langsung....aku diam jea tak banyak cakap....air mata da meleleh-2....sepatah tanya sepatah aku jawab....

0830pm

aku ajak gak hubby g spital...Salmee riso aku bersalin kat umah...huhuhuhuhuuuu......aku ngan hati yang berbelah bahagi,siap-2 n trus g GH...hubby tunggu kat Tol Senawang sbb nak pi antar kete company..He's oncall 1 week...15minit perjalanan dari umah ke GH aku ase cam 5minit jea..punyalah laju adik aku si Heri drive...badigol sood sungguh....dia takut aku terbersalin kat dlm kete...hahahaaaa......

0900pm

Sampai kat screening room.....tue yang tak best GH nie....lambat action eh..aku da mcm nak menonggeng jea kat ctu...doc eh lmbt....adoii...mujur Khamis lepas aku da dtg uat booking tempat....nurse kuarkan file n tanya sakit camne...aku bgtau apa yg aku rasa...and aku disuruh masuk ke bilik rawatan..kat ctu ada Doc Vijay...dia suh tanggal panties n aku tgk ada lendir n darah kat panties...ALLAH...da turun tanda ha....aku da cuak.....Doc Vijay kata dia akan seluk tuk tgk bukaan serviks...aku da mula takut...berdebar-2 sangat weiii...tapi atas bacaan pengalaman kawan-2 kat Komuniti Ibu Mengandung dalam Group FB,aku try to rileks.....Alhamdulillah...tak sakit pun kna seluk....Doc Vijay kata da ada bukaan 2cm..kna admit ward.... aduh..lagi aku takut.....



1100pm

Selesai urusan admit..aku duk katil num 33 bilik 1B...masa tuh da mula sakit kejap-kejap...aduh..nak duduk tak leh..nak baring tak leh....hubby kejap masuk kejap kuar tgk aku kat ward...bile tnya "leh ke kuar masuk abg??" jawapan eh " abg da mintak izin guard..abg kata nnti abg blanje makan" hahahaahaaa..leh ker camtu...sabar yolah aku......aku pinjam kekuatan hubby....sbb aku mmg da tak berdaya...aku langsung tak lapar.....aku berjalan dalam ward...setiap 1jam aku mintak doc seluk tuk tgk bukaan...setiap 1 jam buka 1 cm...sampai doc tnya "puan tak sakit ker kena seluk??" aku tersenyum jea...sakit mmg sakit tapi tak sesakit yang ada kat pinggang aku...nurse dok pantau aku...kejap-2 dtg pegang perut..nak tgk baby ok ke tak...


0535am (23 September 2012)

aku da kna seluk tah kali ke brape...kali nie Doc Anand plak yang seluk..alhamdulillah da buka 4cm++.... Doc Anand suh bersedia untuk tolak ke LR...aku dalam cuak & tak sabar cepat-2 g kat katil... nurse mintak baju sepasang, towel, selimut n pampers tuk bawak kat LR...ngah siap-2 barang baby,aku ase ada sesuatu mengalir kat kaki....alamak....darah ar plak......nurse suh cuci dlu.....

0545am

Nurse da tolak ke LR..aku sempat call hubby suh tggu depan LR...masa tue perasaan mmg tak dapat nak cakap macamane...sumer ada..tak sabar n takut...sampai LR hubby tak leh masuk lagi..wah...ati manyak takut tapi tak sabar nak bersalin....perut still sakit menyengat....dalam LR aku baring kat katil n dipasangkan CTG tuk tgk jantung baby...alhamdulillah aku dapat 1 tempat seorang jea...

bersambung ~~~~


sudah baca...bagilah sket comment~~~

Yang Datang Itu Dari-NYA~~




Bismillahirahmanirahim.....
Assalamualaikum semua......





Lama sungguh tak bersiaran eak...hehehehee..berhabuk-2 ha blog neh.....maklumlah...bz sgt ngan kehidupan baru...see that my boy....Ahmad Qaireen Zulhafiy Bin Afzal @ yeyen....my love after his father...hehehehee....maybe he will take his father place after tis...opppssss...sorry abg..jaz kidding... ( kang majuk lak en.somi tercinta itu kann....)


Dimulakan dengan pic kesayangan sy nie...my baby da nak masuk 5bulan pun tis month...sgt cepat masa berlalu....n sgt cepat anak mama membesar....now dia dah 7kg...huuuwaaaaaa...mama da saket pinggang dukung dia....lau bawak berjalan g shopping complex, mama n abah need put him in his stroller...lau tak,mau menggelongsor dia ke bawah..heheheheeee.......

And alhamdulillah...mama da dapat bentuk badan yang asal or lebih kurus dari b4 pregnantkan yeyen...heehheheee....ramai gak tegur pasal kekurusan ini...n jawapan mama is BREASTFEED your child... yesss....alhamdulillah...yeyen till now still breastfeed n satu keajaiban yang ALLAH janjikan...mama leh kurus tanpa diet...ha...mana nak dan diet...pas menyusukan yeyen,mama pasti lapar kebulur....alhamdulillah... ALLAH berikan mama peluang tuk menyusukan yeyen till now...after this,mama nak kna ajar yeyen FM tuk siang n BF tuk malam...dah 6 month mama nak kna bagi yeyen makan plak...ah...i can't wait that time... huhuhuhuhuuuuu......

oh yeah...
now sy bakal menmbahasakan diri as mama yeyen tau..hahahahaaa...happy woo bile bahasakan diri as mama....terasa tanggungjawab kat bahu...but i love it...mula-mula nak ajar yeyen panggil BONDA...but my hubby kata cam ORG KAYA-KAYA plak...hahaahhahahaaa...saje dok ngusik my hubby....n yeyen called his father as ABAH...i like it.......hihihihihihihihiii


one more thing at my last entry..i promise nak story about deliver experience kan???  nanti mama wat backdated entry..leh??ampunkan saya atas kekangan masa kerana mengulit bujang tercinta...huhuhuhuu.... boleh kan??boleh kan????? nanti mama will story eak...it's really amazing experience !!!!!Subhanallah !!!!


waittt ya !!!!!

sudah baca...bagilah sket comment~~~