18th June 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Datuk /Dato’
/Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran
Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam selaras dengan pengumuman
yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan bajet 2012 yang
lalu.
Program Yuran Pengajian
ini hanya ditawarkan pada tahun 2012. Penawaran ini terbuka kepada semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan
Sokongan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai
boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan
Kedoktoran di 20 universiti awam
dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran
pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar
setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan
usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam
untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik
setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan
sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih
tinggi setelah pegawai
menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Warganegara
Malaysia;
(b) Terbuka kepada semua
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma) dan Anggota Kumpulan
Pelaksana/Kumpulan Sokongan gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.
Nota : Bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan
Sokongan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan
Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat
Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran;
(c) Pegawai telah
menerima tawaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 secara
separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3)
semester baki pengajian pada September 2012;
(d) Telah berkhidmat
secara tetap tidak kurang daripada (3) tahun;
(e) Telah disahkan dalam
skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
(f) Berumur tidak
melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2012;
(g) Mencapai Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85 peratusbagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2009, 2010 dan
2011) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh
tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;
(h) Bebas dari tindakan
tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes
mahkamah;
(i) Pegawai telah
mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk
mengikuti pengajian secara separuh masa;
(j) Mengikuti pengajian
di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang
dimiliki pegawai;
(k) Mengikuti pengajian
dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf
boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;
(l) Tidak mendapat
penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi
pengajian yang diikuti;
(m) Telah menyelesaikan
atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran
(sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan
(n) Tidak tersenarai
dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.
TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai Julai
2012 sehingga Ogos 2012.
Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang
Kementerian Pelajaran www.moe.gov.my.
SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM
1. Universiti Malaya
2. Unversiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Sekian,terima kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Bahagian Tajaan Pendidikan
Doakan aku mendapat peluang nie ya !!!
baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~
No comments:
Post a Comment