~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Friday, June 10, 2011

~~Tanda lelaki sayang~~


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!

Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, June 7, 2011

~~ haPPy ♥ bOrndaY ♥ EiYLa ♥ ~~

aLhamduLillah......masih diberi kesempatan tuk hidup di atas dunia ini....terima kasih Ya ALLAH...aku bersyukur ke hadratMu......

Terima Kasih Pada Sahabat-saHabat dan Rakan- RakaN yang meng"WISH" besday sy...... terIma KasIh yag laNGsung Tak TerhiNGga...baik MelalUi Phone MahUpun MelaLui FB...Ya ALLAH,sy sGT2 terHaru...bIaRpun sEdang BerKursUs,taPi sy sGt2 haPPy....hehehehehee.......

aBg...
TerIma KaSih aTas UcApan...sy SayaNg aBg sGt2.....DeMi ALLAH,sY sYg Abg.....

RaKan-RaKan SeKUrsus.....

hehehheeee....eiYLa mmg giLe2...iniLah eiyLa yg Kalian Kenal......heheheee....jgn marah lau ada Yg kna Bahan......tanda persahabatan...kita mesti ketawa sentiasa baru nmpak muda sentiasakan...heheheheeee......
happy dapat kenal kalian.......

teriMa kaSih seKali Lagi....
gOd wiLL bLess u aLL...

muuuuaaaaaahhhhhhhh........♥♥♥♥♥



wif ♥♥

~~eiylajieacuja~~

Sunday, June 5, 2011

~~aLhamDuLLiLah, ALLAH masih memberi dugaan pada sy~~

betapa sukarnya tuk sy lalui semua ini.....ada seorg sahabat tetapi tak tahu mana salah silapnya... akhirnya kami berjauhan....knape perlu jadi macam nie???puncanya sgt kecil...knape nak terasa ati sampai macam nie??? sampaikan ada org yg dah tak sudi nak memandang n mengangkat muka pada sy n abg.....

Ya ALLAH.....berat sungguh dugaanMU.....
sy da berdiam diri dgn harapan takkan ada sape2 yang akan terasa ati n sakit ati...tapi rupa2nya diam sy telah disalah ertikan....awk ganggu abg...awk nak ape sebenarnya??awk antar mcm2 msg kat abg sy...awak nak burukkan lagi keadaan ker???tlglah...sy sgt penat dgn semua nie....sumpah da tak larat......


TOLONGLAH....
sy dgn abg sy bermula dr berkenalan, berkawan rapat seterusnya kami ke peringkat serius ini....kami yang memulakannya.....kami yang melalui segalanya bersama..sy tahu kalian juga ada memberi pertolongan tapi TOLONGLAH jgn kusutkan keadaan lagi....TOLONGLAH jangan semakkan keadaan lagi.... sy doakan kalian bahagia.....TOLONGLAH jangan jadi penghalang pada kami.....

abg,
terima kasih kerana terus bersama sy....
terima kasih kerana terus disisi sy.....
terima kasih kerana terus memberikan semangat kepada sy....
terima kasih kerana memahami sy.....
sy akan terus bertahan n bertahan selagi sy mampu....
sy akan terus menyayangi abg selagi abg disisi sy....

Friday, June 3, 2011

Maksud huruf dalam nama

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi anda.

G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - anda seorang yang cemburu.

K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

N- anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - anda seorang yang berfikiran terbuka.

P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - anda seorang hipokrit.

R - anda seorang yang gemar social.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - anda ada sikap canggih, amat canggih.

U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V - fizikal anda baik sekali.

W - anda suka menyendiri.

X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.



Digabungan nama sy & abg........inilah hasilnya~~~

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.



A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
F - semua orang menyayangi anda.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.



heheheheheeee...kalian....cubalah~~~~~~


gurls....let's check it Out.......

~~PikaT si Dia MelalUi TarIkh LahiR~~
  • 1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya. Kira sesuailah tu!
  • 2hb - Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula ..
  • 3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.
  • 4hb - Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang untuk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya. Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan semangat yang kamu berikan itupasti si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.
  • 5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!
  • 6hb - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!
  • 7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat
  • 8hb - Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk memancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu seorang yang berotak!
  • 9hb - Seorang yang pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe...
  • 10hb - Seorang yang jujur, berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang murung
  • 11hb - Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja .. sampai mati pun tak habis!
  • 12hb - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je, seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...
  • 13hb - Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata. Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain
  • 14hb - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpelung mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh keluarganya.
  • 15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini. Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia tidak tersinggung.
  • 16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam
  • 17hb - Lembut. Sekali pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di sebalik sikapnya yang lembut.
  • 18hb - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!
  • 19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!
  • 20hb - Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk mengetahui rahsia yang disembunyikan itu.
  • 21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untuk mereka yang bersikap moody .
  • 22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!
  • 23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!
  • 24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.
  • 25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagiperhubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!
  • 26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia menyukainya. (cam g*****g)
  • 27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia
  •  28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengikari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya itu
  • 29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi ...
  • 30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya 'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan
  • 31hb - Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy

Thursday, June 2, 2011

aKu bOsaN!!!!

cuTi yg amat2 membosankan.....pagi antar iskandar g cabut gigi yang da mmg nak tercabut sgt...ingt nak wat ar checking jugak...tapi orang ramai sgt...ermm...lupe skrg cuti sekolah....tahun bile ar gamaknye...hehehehe...
lepas balik dr klinik,sarapan pagi then......TIDO......aktiviti tetap kalu cuti...heheheheheee~~~ TIDO...TIDO & TIDO...adehhhaaaiii....ingt nak kemas bilik....KEMALASAN  plak menyelubungi diri....nak packing barang tuk kursus....adehaaaaiiii lagi ar mls sbb ase cam lambat jea lagik...hehheheheee adehaaaaiii......nak kuar mls....panas sgt2...abg pun TIDO jea cam aku...heheheheee... ptg ingt nak g amek barang2 kat umah Angsamas....eh...sama gak KEMALASAN menyelubungi diri.....
Subhanallah......apalah malas sgt aku neh eak...heheheheeheee.....

petang sy msg abg sy....sy teringin nak makan steamboat kat PD depan GSV...heheheheee...ngade2 an.... tapi mmg teringin sgt....n abg janji pas isyak g cna..hehehehehe~~~yes!!yes!!!! dapat gak mkn2 n dating2.... sgt bahagia......

malam....pas isyak,bergeraklah kami ke PD....alhamdulillah...best2..dapat makan steamboat...heheheheee...bahagia sgt2...i lurve him too hard....n happy sgt2 bile abg says "i lurve u mamanya...." ahahahahahaaa.....ala2...gatainya aku neh.......borak2.....tak sedar kul 12am....ala....sok kje.....  
bergeraklah kami pulang.....happy n happy....i lurve him......


abg,
thanks a lot eak.....mamanya happy dapat makan steamboat tuh...nnti kita pi mkn seafood plak eak.... heheheheee..........i lurve u so much...really lurve u syg............

Wednesday, June 1, 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

OST~LAgenda BudaK SetAn