~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Tuesday, July 26, 2011

lamanya da tak update eak....ala..malas kot...pastu tak tahu apa yang nak dikongsikan...tak terluah ha.... byk sgt bnda nak kna pikir......Ya ALLAH.....penat sgt...kesihatan kurang mengizinkan....dada da mula sakit menyucuk..salah diri sendiri sebb tak jaga makan...main belasah apa yg ada n teringin.....inilah padahnya.... eiyla, u kna jaga diri meyhh....sape lagi yg nak jaga diri u......adeh...eiyla...eiyla......rehat2 yea eiyla....jaga diri tuh.... hehehehehee....

Friday, July 22, 2011

saya amat mahukan itu!!!!

ya ALLAH.....
lawonya......
tak tahu sejak bile minat sgt2 ngan jubah-jubah camni..but setiap kali tgk,ati mesti manyak cair maaa... harga pun leh tahan...tapi mahu kah????perlu kah?????aiyaaaa.....ati manyak susah maaaa......


abang!!!!!
sayang nak semua nie....heheheheee.......




nak pakai nie time nikah....mesti anggun kan??hehehehehe~~~

suka colour nya...hijau~~~

ungu + biru turquoise...aduh...meruntun jiwa....... 

sesuai tak tis colour ngan sy???


sy suda jatuh cinta...bangat!!!!

my feveret colour.....aiyakkkkk

cute kan??alaamak......





camne nie...byk sgt pilihan.....
nak semua boleh??????

Thursday, July 21, 2011

Kuatkan semangatku.....

ok...stressnya da semakin mendatang...byk benda kna pkir...byk bnda nak kna buat.....
kuatkan semangatku...doakan segalanya berjalan lancar...aku mahukan ketenangan & kesempurnaan.......
bagilah sokongan yang terbaeekkk...aku amat memerlukannya!!!

Tuesday, July 19, 2011

aLamak.....perkara ini suda menjadi serious!!!!

heheheheee...mmg b4 tis nakkan perkara ini berlaku...tapi takuuttt...hehehehee....alamak....
takutnya bile ianya menjadi serious..tak sangka plak abah bg respond camtu...adeh...nak cepat2...alamak...sy suda manyak takut meh...byk benda nak kna uruskan nie....
pening-pening....tapi happy sgt2.....semoga segalanya berjalan lancar....semoga ALLAH permudahkan urusan ini.......murahkanlah rezki kami....

tapi....
memang lega pas bgtau abah semua nie.....
so,abah da leh wat plan...huhuhuhuuu

cepatlah semua ini selesai....tak payah nak pikir-pikir n susah-susah lagi....lagi abah nak cepat,lagi aku suka...hahahahahhaha......

ok...sy ase tak punya masa yg cukup....sy nak kna crk baju...brg-brg n macam-macam lagi....
semuanya membuatkan sy gerun & kecut perut.......adehhh......


Ya ALLAH....
permudahkanlah segalanya........ 

Monday, July 18, 2011

Rindu + Sedih

Ya ALLAH...
kuatkanlah semangatku...tabahkanlah hatiku....sabarkanlah jiwaku menghadapi semua ini....
aku rindukan sahabatku...aku tahu dia dalam kesusahan...aku ingin terus disampingnya...kenapa semua ini harus terjadi??aku yang mahu temankan dia di saat dia amat memerlukan....

Ya ALLAH.....
Kau selamatkanlah dia dan kandungannya....jgnlah kau berikan dia kesedihan...berikanlah dia cahaya kegembiraan supaya kandungannya juga bergembira..kenapa dugaan ini terjadi antara kami??

Ya ALLAH.....
sesungguhnya aku amat rindukan masa lapang kami berdua....rindukan gelak tawa...tangisan syahdu kami tatkala kami sengsara....aku rindukan pelukan mesranya....rindukan kucupannya....rindukan time tdo kami....


Ya ALLAH....
aku bermohon padaMU.....hapuskan semua yg menjadikan kami jauh....hapuskan dugaan ini...aku tak mahu menangis lagi..aku tak mahu bersedih lagi...kesedihannya adalah kesedihanku....tangisannya adalah tangisanku...

Ya ALLAH....
berikan kami peluang tuk bersama kembali....terangkanlah hatiku dan hatinya...bukakanlah hati abg tuk menerima dia sebagai salah seorg dr sahabatku....bukan niatku tuk meninggalkannya kerana abg....tapi aku harus akur....hanya kau Ya ALLAH yg memahami semua ini.......

Saturday, July 16, 2011

~MaKan~MaKaN~MaKaN~

 adeh....
macam2 sy nak makan.....
sy nak durian..sy nak manggis...sy nak buah mata kucing...sy nak roti coklat..sy nak maggi goreng...sy nak Curry Cuisine With Rice.... sy nak ikan siakap 3 rasa...sy nak kailan ikan masin....sy nak sotong goreng tepung...sy nak air teh o ais limau...sy nak tembikai laici... sy nak ice cream Mc Donald's... sy nak double cheese burger.....sy nak steamboat fazlina...sy nak makan....sy nak makan...sy nak makan....



abg....
syg nak makan byk2!!!



Friday, July 15, 2011

Proses merisik dan majlis pertunangan

MERISIK:

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran)
  • Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
  • Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN:

  • Cincin berlian
  • Sirih junjung
  • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
  • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

Teknik Bertengkar secara positif

Rasulullah bersabda, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Thursday, July 14, 2011

Kesian Pada Diri Sendiri.....

saya tahu abg penat...saya tahu abg byk kje..tapi saya rindu abg...saya nak jumpe abg...takpelah..len kalilah... saya cube paham walaupun susah...saya da tak sabar nak ke waktu yg ditetapkan sbb saya tak nak jauh pun dr abg....

atau saya yang terlampau memaksa abg???
maafkan sy andai abg rasa seperti dipaksa.......

~aDuhai~

tempatnya~Penang Asam~The Summit,USJ


tHat's Curry Cuisine With Rice~~
OMG.....best giler...nak ini!!nak ini!!!


alamak...
pose-pose nie teringin plak nak makan kat Penang Asam House kat The Summit,USJ...
bestnya lau dapat bread nya...kari nya....
uuuurrrmmmppp......bile ar nak g nie....
dekat sangat plak...
heheheheee......

abg....
org nak makan kat Penang Asam House!!!!!
Jom ler abg.........

~~minGGU YaNg saNgaT STREESS!!!!!!!!!!!!!!!~

argggghhhhh...
sumpah demi ALLAH aku tak larat camni... 
tak larat nak sentap-sentap.... cepatlah semua ini berlalu... aku taknak sakit-sakit otak... taknak sakit-sakit jiwa.... 
aku adalah aku.......

Sunday, July 10, 2011

sakit!!!!

badan da mula panas....hidup da mula berair.....kepala da mula sakit......badan da mula sakit2.....
SAKIT!!!!!!luar dalam badan sakit.....ati sakit.....otak sakit...mmg tension......mmg sakit!!!!!!

arrrgggghhhh...mmg tak leh ungkapkan dengan kata-kata...........


sakit yang teramat sgt!!!!!!!!!!

Ya ALLAH...tak tertanggung rasanya..........

Saturday, July 9, 2011

~Sukan Sekolah~PPKI, SMK Seremban Jaya....

Penat but happy sangat2...bangga dengan anak-anak Pendidikan Khas sy!!!!
cikgu eiyla     u alls......
wif ainaa athirah..my ♥ student.....

standby anak-anak......

dengar arahan eak...

atlet PPKI, Sinar Permata

Kesian Lim Gia Zheng..nak gak uat mcm yg lain...bravo LIM...!!!♥ ♥ ♥ 

macam biasa...sesi bergambar....cikgu yg over...heheheheee

like this student...tarik tali pakai boxer..siap ♥ ♥ ♥  lagik..heheheheheeee....

wif kak shima,kak norisam & lim gia zheng....

suku dr my student.......

student n their parents...

Friday, July 8, 2011

Wednesday, July 6, 2011

arrggghhhh...npe tension plak nie~~

hadoii....ase stress sgt2....dia lupe janjinya...errmmm...tak..dia sgt bz.....takpe eiyla...rileks...sabar jea....

urrmmm......
pening gak otak nie......nak pkir itu..pkir ini...aduhaiiii....npe slama nie tak bersedia??? pandai cakap jea ko eiyla...now rasekan......haduuuuuuuiiiiiiiiii.....



ape???

korang nk tau????

kenalah tggu cam aku ngah tggu nie.....



arrrggghhhhhhhh!!!!!!!!!!

Westlife - My love [official music video with lyrics]








An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone and the rooms are getting smaller

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

Chorus:
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again, my love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again, my love

I try to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop to keep myself from thinking

I wonder how, I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
And oh my love
I'm holding on forever
Reaching for a love that seem so far

Repeat chorus

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from the heart
You're all I'm thinking of

I'm reaching for a love seem so far

Tuesday, July 5, 2011

da TiMe


Get your own Digital Clock

i'm waiTing!!!


Make your own Countdown Clocks

biLe beRceRiTa TenTang MaSa DePan....

happy sgt2 walau hakikatnya hati terasa takut.....
mmg selama nie, perkara ini yg dinantikan tapi kdg2 terfikir....
sudah bersediakah aku???sudah mampukah aku???
tapi org kata bile da jodoh,takkan kemana....

demi ALLAH sy sangat2 rindukan abg....
sgt2 sygkan abg.,...

Ya ALLAH, bukakan pintu rezki kami....
permudahkan segala urusan kami.......

~~ aku ♥ rindu ♥ dia ♥ ~~

Alhamdulillah......

ALLAH masih sayangkan aku...diberinya dugaan bercinta selama 7 tahun...bermacam dugaan...sampai semua org mempertikaikan segalanya.....kini...segalanya telah berakhir.....aku telah didatangkan olehNYA seorang lelaki yang selama ini dekat dgnku cume dek kerana cinta yang tak direstui itu,aku kabur semasa memandangnya....Ya ALLAH....ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA... dia yang hadir memberiku 1001 kebahagiaan & ketenangan....memberiku kasih sayang yang tak terhingga sehinggakan aku terfikir.....adakah dia yang selama ini yang aku cari???adakah dia yang selama ini yang aku mahukan??? ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI...terima kasih ALLAH di atas kurniaan perasaan ini....mencurah-curah perasaan ini terhadapnya.....dan begitu juga dia...Demi ALLAH,aku tak menjangkakan respond ini yang aku terima...Demi ALLAH,aku tak sangka dia juga berperasaan begitu terhadapku...sungguh besar kuasaMU ya ALLAH.....syukran Ya ALLAH.....alhamdulillah......

Ya ALLAH...
sesungguhnya aku memohon kepadaMU ketenangan dan kebahagiaan ini...semoga ALLAH terus merahmati kami...panjangkan jodoh kami...dekatkan hati kami.....jauhkan dugaan dari hidup kami....permudahkan segalanya Ya ALLAH.....

Ya ALLAH.....
Terima kasih di atas segalanya....semoga apa yang kami impikan dan rancangkan akan menjadi realiti... semoga menjadi kenyataan dan makbul segala doa-doa kami.....



Ya ALLAH....
sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya sepertimana dia menyayangi diriku...aku amat memerlukan dirinya sepertimana dia memerlukan diriku.....sesungguhnya aku amat mengasihani dirinya sepertimana dia mengasihaniku....panjangkan jodoh kami Ya ALLAH...aku mahukan dia sebagai lelaki terakhir dalam hidupku......



abg,
syg amat sayangkan abg sepertimana abg sayangkan syg....semoga apa yg kita rancangkan,impikan akan menjadi kenyataan...terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup syg...semoga dugaan yang bakal hadir dapat kita tempuhi dengan sabar dan redha....syg amat rindukan abg walaupun abg didepan mata syg....terima kasih abg....abg adalah insan yang syg tunggu2 selama ini......

i'll lurve u abg...
i'll miss u abg.....
every second,minute and hour...

airmata ini akan jatuh sekiranya syg rindukan abg dan apabila segala impian kita tercapai.....



afzal  eiyla™

Monday, July 4, 2011

Ya ALLAH....

Ya ALLAH,
permudahkan segalanya.....
limpahkan rezkiku........

semoga ALLAH merahmati segalanya........

Sunday, July 3, 2011

Sebagai Pedoman Untuk Wanita


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu (utk yg sudah berkahwin)

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya