~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Tuesday, July 17, 2012

Asid refluks


apakah itu ASID REFLUKS ??

Asid refluks adalah satu keadaan apabila jus gastrik yang mengandungi asid masuk kembalik semula daripada perut dan masuk ke dalam esofagus. Gejala asid refluks adalah ::

-pedih ulu hati (rasa terbakar atau pedih bermula daripada perut atau bahagian bawah dada sehingga naik ke leher)
-Regurgitasi ( makanan yang dimakan naik semula ke atas mulut)
-sakit dada
-kesukaran untuk menelan ( disfagia)
-suara serak, hakisan gigi dan asma (kerana jus berasid naik semula ke atas tekak,mulut dan laluan udara di paru-paru)


Ramai wanita mengalami asid refluks buat pertama kalinya semasa hamil. Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan tahap hormon yang bercampur dengan tekanan dapd fetus yang sdg membesar. Keadaan semakin teruk di trimester ketiga. gejala-2 akan hilang selepas melahirkan...

Makanan pencetus asid refluks

- alkohol, minuman bergas, coklat, buah-2an sitrus seperti oren & lemon, kopi & teh, makanan bergoreng atau berlemak, makanan mengandungi tomato, bwg putih dan bawang, pudina & makanan pedas...

Penyebab lain adalah : memakan hidangan besar dan berbaring atau membongkok, mkn makanan ringan sebelum tdo, mengambil aspirin atau ibuprofen, penenang otot atau ubat tekanan darah tertentu.

rawatan : ubat penahan asid seperti antagonis reseptor histamine2. antasid


sudah baca...bagilah sket comment~~~

No comments:

Post a Comment