~~♥♥ wELcOme To EiylaJie's World ♥♥~~


~~sesuatu yang berada di luar jangkaan dan di dalam pemikiran~~

Tuesday, May 22, 2012

Rindu

Ya Allah
Kau sayangilah dia sedalamnya
Kau temanilah dia sepanjang perjalanan hidupnya
Kau berikanlah dia kekuatan sesaat dia terlemah
Kau kurniakanlah jutaan kebaikan kepadanya
Kau berikanlah hidayah kepada dirinya
Kau bimbinglah dia ke jalan yang diredhaiMu

Kau kurniakanlah dia kejayaan hakiki
Kau berikanlah dia hati yang bersih lagi suci
Kau anugerahkanlah dia keyakinan diri yang tiada berbelah bagi
Kau satukanlah dia dengan wanita yang baik dan soleh
Kau berikanlah dia ilmu-ilmu yang berguna
Kau permudahkanlah segala urusannya
Kau sinarilah diri dan bicaranya dengan kejujuran
Kau ringankanlah beban dan tanggungjawab yang ditanggungnya

Kau kurniakanlah keringanan hati padanya untuk memperbanyakkan ibadah kepadaMu
Kau kuatkanlah hatinya untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
Kau bahagiakanlah dia dengan sahabat-sahabat yang senantiasa membimbingnya ke jalanMu
Kau serikanlah hatinya dengan perasaan cinta yang agung kepadaMu
Kau kurniakanlah dia anak-anak yang soleh dan solehah
Kau tempatkanlah dia di syurgaMu yang indah
Kau jauhilah dia dari nerakamu yang panas membakar

Kau berikanlah kelembutan pada hatinya
Kau kurniakanlah dia sifat maaf yang akan memuliakannya
Kau berikanlah kekuatan kepada dia untuk tersenyum walaupun menghadapi kesukaran hidup
Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang beriman bila ajalnya kelak
Kau jadikanlah dia seorang yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya

Kau benarkanlah dia mewariskan ilmu-ilmu berguna kepada anak didiknya
Kau berikanlah ketenangan di jiwanya
Kau indahkanlah cahaya wajah dan hatinya
Kau jauhilah dia dari bicara dan perkara yang sia-sia
Kau sucikanlah hatinya daripada sebarang prasangka buruk
Kau berikanlah dia keimanan yang teramat teguh

Akan apa yang telah terjadi
Telah aku merelakan segalanya
Akan apa dosaku, aku benar-benar memohon keampunan dariMu
Dan akan apa yang menyedihkan hatiku
Aku telah memaafkan dan melupakan semuanya
Sebagaimana mahunya diriku agar Allah memaafkan dan menerima taubatku

Akan apa yang telah terjadi
Sememangnya ia benar-benar akan menimpa diri
Kerana itulah benar-benar ketentuan Ilahi
Tidak akan terjadinya sesuatu tanpa keinginanNya
Dan tidak akan terjadi sesuatu hanya untuk sia-sia
Dan aku benar-benar merelakan segala
Kerana tiada yang lebih baik dari apa yang dirancangNya

Dan apabila semua yang pedih itu berlalu pergi
Tinggallah kerinduan yang indah menghangatkan kedinginan hati....



baca jea ker?? meh ler comment sket~~~~

No comments:

Post a Comment